Pages

Followers

Isnin, 10 Mei 2010

Kili (Adikku) dan Si Tikus

Aku ade sorang adik kecik, adik aku lahir mase aku Form 3 kire aku dah besar dah tym tue pun bole dapat adik lagi .Adik aku sekarang ni darjah 1. Adik aku nie kire golongan budak pandai walaupun sekolah takdela kat bandar sangat berkat emak aku yang selalu ajar adik aku A, B, C. Selalu dapat nombor 1 dalam kelas.

Nak jadikan cerita ,Omak aku suke tidur kat depan rumah sebab sejuk katenye. So, kami satu family pon tidor la depan sekali . Pada suatu malam seperti malam sebelumya.jeng..jeng..jeng. kami tidur la kat depan macam bese termasuklah Kili.
Eesok paginya,adek aku nanges macam budak kecik, memang budak pon tak kan nak nanges macam bapak budak pulak.Die tunjuk kat mak aku tangan die berdarah. Omak cakap kene gigit tikus. Kelakar jugak aku rase, mesti kes basuh tangan tak bersih nie sampai kene gigit tikus.

Mak aku macam mak yang lain pergi la bergosip citer kat jiran adek aku kene giget tikus. Jiran aku cakap kene bawak pergi jumpe doktor. Takut melarat. Mak aku yang sempoi jer tak buat ape sebelom tue terus tergesa-gesa bawak adik pergi hospital n aku jadi driver yg berhemah.

Sampai jer hospital, kene tunggu giliran sebab kes adik aku tak serius sangat. Sebelum nak check dengan doktor, ade la nurse nie amik butir-butir diri adik. Bermulalah perbualan mak dan nurse tersebut.:

Nurse : Kenapa ni mak cik?

Mak : Ni ha anak mak cik kene giget tikus katenya.

Nurse : Hah, kene giget tikus (gelak besar nurse tu)

Mak : Aah. Rumah tu memang banyak tikus. Ontah macam mano pulak digigetnye anak mak cik ni.

Nurse : (Tahan gelak lagi) Mak cik dengan adik tunggu dulu kat kerusi. Nanti boleh jumpe doktor.

Doktor bagi injection kat adik aku elak merebak dan buleh pulang. Mak aku pulak dan lagi cek darah. Tengok-tengok kene darah tinggi. Haishh..Tak pasal-pasal eh.

Hadoiii..malu gile aku,adik aku punye hal..Naseb baek nurse ni dah tue.Kalau idak lagi malo eden..

Pesanan Penaja : Basuhlah tangan selepas makan.~








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails