Followers

Ahad, 6 Februari 2011

Doa Buat Mesir

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi..


Pagi ni sangat indah kan kawan-kawan, hanya kedengaran bunyi jari-jemari menaip keybod dan kipas lappy berpusing. Kadang-kala terdengar seperti bunyi bertukang, pelik, siape bertukang di hostel Kolej 11 , UTM ? Bagaimana agaknya keadaan di negara yg sdg bergolak Mesir? Adakah setenang disini? Sempatkah ibu-ibu menyiapkan sarapan? Sedangkah anak-anak menjamu sarapan? Tak lupe, ape khabar kawan seperjuangan di Mesir yang mengambil bidang kedoktoran, ilmiah, pergigian dan sebagainya? Adakah hati mereka setenang kita dan adakah mereka tak sabar untuk merasai ketenangn yang kite kecapi ini?

Apa puncanya kejadian kucar kacir di Mesir? Diktaktorkah Hosni Mubarak seperti yang dicanang? Kite rakyat Malaysia tak pasti kerna kite bukan di bawah pemerintahan Kerajaan Mesir? Ape khabar Dato Seri Najib? Teringin ingin berjumpa pemimpin negara yang disayangi. Sudikah Dato Seri berjumpa dengan insan kerdil seperti aku?


Tapi biar apepun yang terjadi telah terjadi dan tetap terjadi mengikut jadual Allah SWT. Kite hanya mampu berdoa agar ditetapkan iman dan berjaya mengharungi cabaran dan dugaan yang melanda. Mungkin ade hikmah di sebalik ini. Jadi marilah kite rakyat Malaysia berdoa dan solat hajat agar saudara-mara kite disana serta seluruh muslimin dan muslimat selamat. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails