Kalau sape tak pernah pergi
Pontian sebelum ni, mesti ingat Pontian ni macam kawasan lain juga, kawasan landai yang ade jalan lurus etc etc. Tapi sebenarnya Pontian ni terletak berdekatan dengan laut, dan memang betul laut tu. Kira Pontian ni macam tanjung mana kawasan ni berbatu keras dan airnya dalam dan tak sesuai untuk mandi tapi sesuai untuk berekreasi.
Sape pelajar-pelajar universiti berkenaan ( hohoho) yang selalu makan seafood kat Senibong (bapak mahal kan) ape kate korang pergi dekat Pontian. Seba ape? Seafood die murah dan segar di ambil terus dari ladang .Tempat yang syorkan ialah
Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Pontian.(kami dah promote kedai anda, sile belanja kami ).Haaa, dah terang-terang ade ikan kan, nampak nelayan tu. Tapi kalau anda layan makan dekat situ memang tak rugi la sebab harge die murah ( berbanding senibong) dan kepuasan yang sejati. Layanan die memuaskan dan makanan pun cepat sampai, kalau yang datang dari jauh tu, memang tengah lapar kan, anda tak perlu tunggu lame.
|
jangan tak kagum, kedai ni ade resit, so anda tahu harga makanan anda |
Dan sesiapa yang datang dari jauh, tak kan nak datang untuk makan je kan, kayer gilos, ape kate anda pergi melawat ke
Tanjung Piai, kawasan paya bakau simpan, memang syiok la sebab kat situ ade satu tebing yang
merupakan penghujung Benua Asia, haaa, tak kagum lagi? Boleh jugak tangkap gambar dengan sedare-mare yang berlambak tunggu nak ambik makanan korang. So ape tunggu lagi, perjalanan dari Skudai hanya ambil mase 30 minit, macam nak pergi JB kan. Kalau anda dah busan round-round JB, makan seafood mahal-mahal, jum ke Pontian. Ajak aku sekali yer~~~(*wink)
|
writer wiff da rock sile kagum tengok batu |
|
|
|
ade globe dunia yeah~ |