Pages

Followers

Selasa, 22 Jun 2010

Bile Ct Rebut KCT

Semalam HM ade siarkan name pembida untuk plat bernombor KTC dan salah sorang daripada pembida tu tak lain dan tak bukan cik ct kte yang makin lame makin lawo..adoiai..Die cakap name ni feng shui die baek sebab gabungkan name die dengan hubby die, Datuk K dan Ct Nurhaliza.

 zaman mude belia

Dengar cite jugak yang bidaan minima nye ialah RM10k,wow, terjojol biji mate, tapi kalau dah kaye tu banyak tu sikit je bagi dorang kan. Kalau aku pulak, nak jugak kan plat name aku, so kene daftar kereta kat JB lak gamaknye, JBR..huu~

pasangan bahagia~


 ayu sungguh ct




Ape-ape jela, moge cik ct eh bukan puan ct terus sukses selalu dan bile lagi nak adakan konsert??

CR Sungguh Kelakor Golmu

hahahah..hahaha...tu je aku mampu lakukan bile tengok gol ke-g yang dijaringkan CR or Cristiano Ronaldo mase perlawanan tadi North Korea vs Portugal.. Macam buat aksi lak rasenye, adoiai. Ape-ape pun, Portugal dah menunjukkan kemampuan die yang sebenarnya dengan membelasah Korea habis-habisan. Memang mengkagumkan, awesome, cool. Adik kecik aku Kili pon sorak gembira tengok gol semua tu. 

cr yg sungguh macho..ehh


Kesian gak kat North Korea sebab pade 1st half memang dorang dah tunjukkan aksi yang menarik dan banyak peluang untuk menjaringkan gol. Sayangnye takde peluang dan mungkin kurang pengalaman bermain dengan pasukan yang bertaraf dunia. Satu tepukan yang gemuruh buat Korea ape-ape pun sebab dah menunjukkan semangat yang kental untuk berjuang dalam WC kali ni . Segulung sekalung tahniah~~

Ahad, 20 Jun 2010

Season 2 : Gigitan Berahi Si Tikus

Semalam, adik aku yang paling kecik sekali name die Zikry tapi member die panggil Kili so sejak tu la name ni melekat kat adik manje aku sorang kene gigit tikus lagi. Hadoii. Semakin mengganas tikus kat umah aku ni, aku mase tu tengah mamai-mamai, hana tepon banyak kali kali kejut aku suruh teman die tengok bola..hahah..hana..hana..bola memang die minat, die cakap nak tengok skil pemain, baru boleh praktikkan.

aku dan kili waktu mude-mude

Sambung kat citer adik aku tadi, habis tangan budak ni kene gigit sampai darah-darah, mak ayah aku yang tidor kat luar gak semua terjaga dan operasi mencari tikus durjana tu bermula. Adik aku punya pasal seawal pukul 5 pagi, habis semua cangkul, parang, unggun api (melebih pulak) dalam operasi ni. Tapi tak jumpe gak. Hebat betol tikus sekarang melarikan diri. Dulu banyak jugak tikus ni, tapi takde lak die serang-serang dan giget2 ni.

Sekali lagi bawak lah pergi klinik nak pergi injek lagi tapi doktor tu cakap tak payah sebab injek dulu tahan sampai setahun. So doc tu kasi ubat kuning jer la. Tak tahu ubat ape.Layan~~

Keputusan Kemasukan ke Universiti 2010/2011

Keputusan ke universiti telah di bukak buat pelajar lepasan diploma dan matrikulasi semalam. Adik aku dapat UKM kos Mekanikal engineering. Alhamdullilah satu lagi bakal jurutera bakal lahir dalam keluarga kami. Insyaallah. Banyak persiapan yang perlu dilakukan dan yang paling penting sekali persiapan mental dan fizikal. Kalau di matrikulasi dulu, kawasannya amat kecik dan terkawal. Di universiti aku pasti korang semua akan kena kejutan budaya terutama sekali dari segi pergaulan sebab kat sini takde sape akan larang/halang korang dari terjebak dari budaya positif atau negatif.

Di kampus juga korang yang kene cari pensyarah dan pensyarah tak akan cari korang. Walaupun korang akan ada penasihat akademik, tapi tak semestinya die akan cari korang melainkan korang kena carik sendiri, di ulang sekali lagi. Semua korang kene lakukan sendiri, kalau result teruk pun paling minima korang akan dibuang u , takde lagi kaunseling akan cari korang nak bagi ceramah lagi, semua di atas tangan korang.

Selain itu, ramai pelajar yang masuk u akan terkena kejutan budaya dari segi pergaulan dan tahap kebebasan macam aku cakap tadi. Ramai kawan aku yang dulu, bila masuk u mula mewarnakan rambut dan bergaul bebas macam keluar clubbing dan sebagainya. Kalau korang kat universiti cawangan korang tak akan rase macam ni sebab jumlah korang mase tu kecik jadi senang nak kawal. U ni sangat besar dan luas walaupun tak luas mane sebenarnya.

 Gambar KTC nite

Bagi yang sebelum ni tinggal di kampung dan kurang shopping complex dan sebelum ni memang pandai berjimat, teruskan lah di u, jangan terpengaruh sangat dengan rakan sebaya membeli belah. Beli secara berhemah or hujung semester ni nanti kelaparan la korang or ikat perut sebab tak cukup duit nak makan.Serious..


hana di gym

Apapun, niat mesti betoi. Korang datang nak belajar bukan nak enjoy. Nak enjoy bile2 boleh. Jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Gud luck to all of u. Selamat menuju ke alam universiti.~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails