Pages

Followers

Isnin, 10 Mei 2010

Ular Sawa BesO~~


Ular sawa albino 120 kilogram tumpas

Anggota Jabatan Pertahanan Awam bersama penduduk menunjukkan ular sawa albino sepanjang lapan meter yang ditangkap di Kampung Seri Repah, Tampin, semalam.


TAMPIN 3 Mei - Ternakan ayam sering hilang. Lebih pelik, kambing juga terus lesap entah ke mana.
Puas penduduk Kampung Seri Repah dekat sini mengintai siapa punya angkara. Tidak cukup dengan kawalan tengah malam, ada yang berkawal pada siang hari.
Akhirnya semalam, segala kebimbangan, keresahan dan tanda tanya sejak berbulan itu terjawab apabila seekor ular sawa albino sepanjang 8 meter ditemui penduduk kampung itu.
Menurut penduduk di situ, ular sawa seberat 120 kilogram itu ditemui di kawasan tanah perkuburan Islam dekat kampung berkenaan dalam keadaan kekenyangan.
Ketua Skuad Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Tampin, Mohd. Arfahzal Musa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung itu yang menemui reptilia tersebut pada pukul 5.45 petang.
"Sebaik sahaja kami tiba, ular sawa itu sedang bersembunyi di kawasan tanah perkuburan berkenaan.
"Ketika itu, berdasarkan lingkaran lilitannya, kami percaya ia reptilia yang besar dan selepas didekati, panjangnya dianggarkan 8 meter," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mohd. Arfahzal, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular itu dengan menggunakan khidmat empat anggota JPAM.
Menurutnya, dengan penangkapan ular sawa itu, penduduk kampung tersebut kini tidak perlu lagi bimbang kehilangan haiwan ternakan mereka.
Reptilia itu, kata Mohd. Arfahzal, akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri tidak lama lagi.

Manchester United Wallpapar Bagi Pemalas..muhaha




Terry PuLak Dah~~



Bintang bola sepak bergaji 170,000 (RM927,320) seminggu itu dilapor mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun iaitu Jaydon Jean Claude Bridge, hasil hubungan sulitnya selama beberapa tahun dengan Perroncel.
Terdahulu, Terry memohon perintah mahkamah untuk menutup mulut media dengan alasan pendedahan hubungan sulit itu bertentangan dengan hak persendirian dan hak asasi manusia.
Namun, Hakim Tugendhat menolak permohonan Terry kerana berpendapat bintang bola sepak itu sebenarnya takut kehilangan banyak penajaan jika perkara itu dididedahkan.
Terry meraih pendapatan sampingan berjuta-juta pound sterling setiap tahun hasil perjanjian penajaan dan iklan dengan beberapa syarikat gergasi.

sumber: berita harian

seronok kan jadi bintang bola sepak English,kaye pastu ramei lak awek cun nak menenggek, xkesah dah kawen ke blom, VUNGUKS (kateku dengan nada jeles gile)

Antara Man U n Chelsea..Who WiLL Be UltimAte Winner??



huu~~salam 1 bola World~~now tengah layan bola chelsea vs Wigan, Man U vs Stock ngn Arsenal vs Fulham.. sangat dramatik sebab ade 3 pasukan yang top tengah lawan..bikin gua panas jer..Gua x saba nak tunggu kekalhan Chelsea untuk pasukan yang gua sokong..GLORY2 MAN U babeh~~lalala~Gua hope Chelsea kalah (muhahaha) kalau menang tue naseb jer..Tengok la pasukan gua..yang terer pon Roney sowg jer.naseb2..xpe2..gua harap Man U lebih pandai beli pemain musim depan..hooo~Layan beb~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails